Ramai ibu-ibu selepas bersalin mengadu. Wajah perit sedih. Mengatakan betapa susahnya untuk mendapatkan bentuk badan seperti dulu-dulu lagi.
Ramai yang inginkan badan yang cantik tetapi tidak ramai yang cuba untuk melakukan cara-cara untuk membentuk badan yang cantik dengan mudah. Ini kerana agak mustahil untuk mengembalikan bentuk badan seperti anak dara selpas bersalin.
Jangan mengalah sebelum Anda Mula Bertindak!
Ini ialah antara tips yang sangat membantu anda untuk menarik perhatian enche suami di rumah.
1. Pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang
Langkah pertama yang perlu anda amalkan untuk membentuk badan yang cantik adalah dengan mengambil makanan yang seimbang setiap hari. Makan makanan daripada semua kelas makanan dengan kuantiti yang seimbang. Senang je. Ikut Piramid Makanan. Pastikan anda mengambil makanan yang berkualiti sahaja.
2. Beriadah
Nak kekal jelita, anda juga harus beriadah dan melakukan senaman atau bersukan. Dengan beriadah anda dapat menggerakkan otot badan dan membolehkannya berfungsi dengan baik. Lemak berlebihan dapat dibakar dan peluh dikeluarkan. Jika anda tahu, tiada penawar bagi darah tinggi, kencing manis dan masalah jantung melainkan dengan bersenam.
3. Tambah kedut dengan makanan ringan
Elakkan mengambil makanan ringan seperti mi segera, keropok ringan, kerepek, biskut, kek dan sebagainya. Hal ini,kerana makanan ringan seperti ini tidak mengandungi zat pemakanan yang baik. Makanan ringan seperti ini tidak mengandungi zat pemakanan yang lengkap dan hanya mengandungi karbohidrat dengan kalori berlebihan dan memliki bahan pengawet yang berbahaya. Akhirnya hanya menyumbang kepada masalah kedutan di wajah.
4. Minum air yang secukupnya
Banyakkan minum air kosong kerana ia membantu membakar kalori berlebihan dalam badan. Berapa gelas yang perlu diminum? Ikut kepada aktiviti harian anda. Biasanya anda dengar 8 gelas sehari. Namun jika aktiviti anda ringan sahaja, makan ambil dalam 5-6 gelas sehari. Namun jika anda melakukan aktiviti berat yang mengeluarkan banyak peluh, maka minum lebih.
5. Rehat Seperti Baby
Pernah lihatkan bagaimana seorang bayi tidur? Tenang. Tiada gangguan. Usaha dapatkan kualiti tidur seperti itu. Setiap orang digalakkan tidur minima enam jam sehari. Anda perlu berehat bagi mengekalkan kesihatan yang stabil.
Jika rehat tidak cukup, anda susah menumpukan perhatian kepada kerja yang dilakukan. Waktu tidur adalah masa badan anda ‘memperbaiki’ sel-sel. Jadi muka nampak lebih muda dengan tidur yang cukup!
Mari kongsikan tips ini kepada rakan-rakan anda!
Recent Comments