Pernah nampak anak kecil bermain telefon bimbit? Apabila tidak diberi, mereka mula menangis. Setelah diberi, tangisan pun reda. Sama seperti seorang yg ketagihan. Saya risaukan anda sebagai ibubapa. Tahukah anda bahawa ia mendatangkan masalah kesihatan buat mereka?
Kesihatan
Kanak-kanak mempunyai lapisan kulit, tisu dan tulang otak yang lebih tipis berbanding orang dewasa. Sinaran telefon bimbit beri kesan buruk kepada mereka. Menyerap dua kali ganda sinaran ke otak berbanding ibu bapa! Akibatnya tidaklah teruk. Gangguan tidur, keletihan dan sakit mata seperti gatal je.
Akademik
Ke’candu’an telefon bimbit menyebabkan mereka kurang bersosial. Bakal mengalami masalah komunikasi dan lambat belajar. Hasilnya ketinggalan jauh dalam peperiksaan!
Tingkah laku
Tidak dinafikan banyak kebaikan dalam menggunakan telefon bimbit. Malah, banyak keburukan juga yg boleh dibawa. Orang dewasa sahaja mempunyai masalah sosial dan gambar yang tidak sopan. Inikan pula anak kecil yang ‘baru’ mengenal dunia? Jagalah anak-anak anda. Awasi aktiviti mereka dalam laman sesawang.
Keluarga
Keluarga disibukkan dengan melayan telefon bimbit. Kurang interaksi. Apabila hp dijauhkan daripada anak kecil, mula menjadi satu kemarahan. Hilangnya hormat seorang anak terhadap ibu bapa disebabkan telefon bimbit. Untuk elak anak marah dan menangis, ibu bapa ‘menurut perintah’ dengan memberi telefon. Inilah salah satu petanda akhir zaman. Dimana orang tua menjadi hamba kepada anaknya.
Nantikan posting seterusnya tentang cara untuk mengurangkan ketagihan telefon pada anak kecil.
Kongsikan kepada keluarga dan sahabat anda.
Recent Comments