Healthy Lifestyle

Tips Atasi Gelisah dan Kekal Tenang

By August 12, 2020 No Comments

Anda jenis mudah gelisah disaat ada interview penting? Atau apabila suatu yang ‘belum pasti’, dengar sahaja berita terus jadi tak menentu? Pernah tak anda rasa seperti ini?

Ya. Ramai menghadapi situasi seperti ini. Sekiranya anda ada interview penting, gelisah membuatkan anda nampak ‘kurang confident’. Sampai tahap yang sangat teruk, apa yang dicakap pun dah tak betul.

Jom baca tips untuk kekal tenang.

1) Gunakan cermin

Anda boleh praktis di hadapan cermin dan memberanikan diri bercakap di tempat umum. Anda boleh menjadi lebih yakin kepada diri anda sendiri. Kenapa teknik ini berhasil? Kerana praktis. Bayangkan anda bercakap menjelaskan kepada orang ramai tentang tempat tinggal anda.

Pasti anda tenang dan tak gelisah kan? Kerana anda tahu apa yang anda cakapkan. Dan apabila anda praktis depan cermin, badan dan mental anda menjadikan perkara itu ‘normal’ dan terbiasa.

2) Bercakap dengan orang yang anda percaya

Bercakap dengan seseorang yang anda percayai atau meluahkan perasaan anda. Anda boleh meredakan sedikit sebanyak rasa gelisah yang anda alami. Contohnya bercakap dengan ahli keluarga atau rakan baik anda.

3) Kekal Fokus

Bolehkah anda fokus? Berhenti daripada rasa terganggu dengan perasaan yang tidak pasti dan terus kekal fokus. Buat exercise dan sibukkan diri anda. Anda boleh menjadi lebih positif.

Dan yang paling penting, anda perlu tahu apa itu FEAR. Orang tidak berani bercakap di khalayak ramai oleh kerana FEAR. Apa itu FEAR?

FEAR adalah False Evidence Appearing Real. Maksudnya, imej atau sangkaan negatif dalam otak anda yang membuatkan benda itu seakan benar. Hakikatnya ia adalah palsu atau tak betul. Contoh FEAR adalah “Aku malu bercakap nanti diketawakan orang”.

Ini adalah contoh FEAR. Hakikat sebenar TIADA orang nak ketawakan anda.

Dapat sesuatu? Jom kongsikan tips ini untuk kekal lebih tenang.

Leave a Reply