Kurma merupakan buah yg sering diamalkan untuk berbuka puasa. Bagi yg tahu manfaat kesihatan kurma, mereka amalkan kurma setiap hari. Terdapat banyak jenis kurma dan setiap manfaatnya juga berbeza.
Dan tahukah anda, kalau anda menghidap penyakit diabetes, ada jenis kurma yg patut anda elakkan? Kurma apa tu? Baca dengan lebih lanjut…
Di dunia ini ada lebih 3,000 jenis kurma. Banyak kan? Jadi di sini akan diterangkan beberapa jenis kurma sahaja yg ada dijual oleh Ahmad Tamar.
Sebelum itu, anda wajib tahu terdapat dua jenis tekstur kurma iaitu basah dan kering. Ada jenis orang gemar makan kurma kering dan ada yg gemar kurma basah.
Kurma ini merupakan kurma yg paling popular. Kerna ianya disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW: “Barang siapa makan tamar Ajwa setiap pagi tujuh biji, ia dapat mengelakkan dirinya daripada terkena racun dan sihir.”
Harganya mahal dan mengikut saiz. Disamping itu ia mempunyai manfaat yg paling banyak. Sesuai untuk penghidap diabetes dan ibu mengandung. Kandungan gulanya rendah dan glysemik indeks yg rendah. Berikut adalah senarai manfaat kurma ajwa ini.
MEDJOOL
Kurma bersaiz besar. Berasal daripada bumi Palestin. Banyak juga negara pengeluar yg lain seperti Amerika & Australia. Kandungan gula rendah. Juga sesuai untuk pengidap penyakit kencing manis. Tekstur agak keras sedikit. Kurma Medjool AhmadTamar berasal dari Madinah dan tiada biji.
Safawi
Dilihat dari luaran seakan seperti kurma Ajwa. Namun perbezaannya, kurma Safawi bentuknya lebih panjang manakala kurma Ajwa berbentuk bulat (hampir seperti buah blueberry). Kurma Safawi sesuai digunakan di dalam masakan dan boleh juga membuat kek.
Maryami Seedless
Ini adalah kurma unik keluaran Ahmad Tamar. Satu-satunya kurma yg tiada biji. Rasa manis dan digemari oleh kanak-kanak. Bagi mereka yg tidak suka kurma, anda boleh beri mereka rasa kurma tiada biji ini. Ini antara kurma yg mempunyai permintaan paling tinggi kerana keunikannya tanpa biji. Sesuai untuk dibuat susu kurma kerana rasanya cukup manis.
Baby Mabroom
Mabroom kali ini bersaiz lebih kecil. Jadi ianya digelar baby mabroom. Sesuai untuk pengidap sakit jantung. Untuk mereka yg mempunyai kencing manis, kurma ini bukan untuk anda. Kerana rasa gula ini lebih manis berbanding Ajwa, Medjool dan Safawi. Kurma ini tekstur kering dan boleh menjadi basah sekiranya jus kurma itu keluar.
Rotab
Recent Comments